SCREEN PRINTING

Seni purba yang tak pernah lapuk hek hujan, lekang dek panas. Dari tanah Melayu sampailah ke Karachi!

SILK SCREEN

Cetak Saring Merupakan Teknik Cetakan Yang Menggunakan Jaringan Beranyam Bagi Menyokong Stensil Ketulan Dakwat. Stensil Dilekatkan Membentuk Kawasan Saringan Terbuka Yang Memindahkan Dakwat Dan Bahan Cetakan Lain Yang Boleh Ditekan Melalui Saringan Sebagai Gambar Jelas Pada Sesuatu Substrat. Satu Bilah Atau Berspan Disapu Merentasi Saringan Stensil, Memaksa Atau Mengepam Dakwat Pada Bukaan Jaringan Bagi Tindakan Kapilari Semasa Sapuan Span.

JENIS INK : RUBBER DYE , DISCHARGE & PLASTISOL.

hEAT PRESS

Heat press machine merupakan salah satu alat yang digunakan untuk mencetak grafik ataupun corak pada sesuatu produk. Ia berfungsi melalui 2 elemen paling utama iaitu kepanasan dan juga tekanan. 2 elemen tersebut boleh diselaraskan semula mengikut kesesuaian produk yang hendak dicetak itu.

JENIS STICKER : OPEC, VINYL & ULTRA STICKER

embroidery (sulam)

Sulaman adalah satu teknik jahitan yang melibatkan penggunaan alatan seperti ram, jarum sulam dimana saiznya lebih besar daripada jarum biasa, benang sulam serta corak yang akan disulam.

 

 

sUBLIMATION

Sublimation salah satu teknik yang menggunakan haba dalam proses untuk memindahkan sesuatu imej dari kertas sublimation atau kertas inkjet. Kemudian kertas ini akan ditekap ke atas produk yang dimahukan dengan menggunakan mesin khas iaitu mesin tekanan haba (heat press machine).
Scroll to Top